Tuesday, 16 July 2013

My Experience with Shaklee

Assalamualaikum..alah bisa tegal biasa.ok.tade kaitan.haha..sebelum nak pegi study yang untuk last-last subjek, hamba mahu update ini blog.aiyoyo..

Hari ini saya nak menceritakan pengalaman saya menggunkalan produk shaklee. Once upon a time..ececece..adalah masa tu, saya masuk farmasi,tengok banyak supplemen kesihatan dekat situ kan.Entah, kenapa tiba-tiba rasa tertarik dengan supplemen. Kenapa baru nak rasa nak jaga kecantikan yang Allah bagi.

Concern of my health, saya pick satu product vitamin c.Masa tu makan yang 500mg,pastu tak jalan, cuba lagi yang 1000mg.Pastu rasa macam tade perubahan. Yelah..saya jenis kulit kering,kulit yang berkelembapan rendah.hehe..(dah kurang minum air). Kulit yang kering langsung tidak memberi keselesaan pada saya. Bibir merekah, kulit bersisik dan gatal.Bila garu-garu tu..Ouchhh..bila garu tu sedap.habis lekat calar-calar. Tapi bila kena air, MasyaAllah..hanya Allah sahaja yang tahu pedihnya.

Pastu saje cari info-info tentang vitamin dan supplemen orang kata apa, wat research gitu. 

Ok.. nak dipendekkan cerita, adalah jumpa satu produk ni. Produk ni bukan calang-calang produk tau. Pastu jumpa lagi product  tentang shaklee. Produk xxx yang saya katakan tadi,memang elok dan berkesan. Tetapi mahal. Harga boleh tahan, pastu produk pulak sikit bulan je tahan. Apa maksudnya tu?haha..
Tak..maksudnya produk tu tahan untuk sebulan lebih je.

Pastu cuba bandingkan dengan produk shaklee.Godek-godek rahsia tentang shaklee, baca pengalaman orang dengan shaklee, baca description produk. Gerak hati yang kuat mengatakan bahawa saya harus cuba shaklee. Sebab produk dia jimat. Misal kata saya cakap vitamin c kan..harga dia dalam rm74, tapi tahan dia dalam 6 bulan..hik3..jimat kan..cuma masa mula-mula nak beli tu rasa sakit la sket.

Saya cuba produk shaklee..produk yang mula-mula saya cuba masa tu adalah vitamin c dan vitalea.Multivitamin. OK..nak dipendekkan cerita lagi, bila dah lama makan, ada rasa perubahan pada kulit. Kadang-kadang kita tak sedar tau perubahan tu. Masa balik kampung tu, adalah mak tegur.Anis dah nampak makin cerah lah..hahaha..(aku tak perasan-perasan pun kulit dah makin cerah)

Hik3..hidung ni dah kembang kempis dah la.hahaha..Pastu try pulak vitamin E dan ESP..sebab tengok banyak postive feedback. Pastu nak dijadikan cerita.Pegilah umah akak dekat nogori tu kan, Saje tanya akak, dah nampak apa-apa perubahan pada kulit tak?

kakak pun cakap. A'aa la..kulit dah nampak lembap sikit.Dulu nampak kulit kering je.Hahaha..suka suka.

Mesti korang akan cakap..eee..mahallah shaklee ni.Serius saya cakap tak mahal.sebab produk ni jenis produk yang tahan berbulan-bulan. 4-5 bulan tau.Saya amik contoh tentang B complex. Harga baru rm42. tapi tahan 4 bulan.hik3..tak ke jimat tu.

Pastu saya perasan ada perubahan pada tenaga saya.Yelah, dulu asyik letih dan lesu je.Jalan jauh sikit, penat.Wat keje banyak sikit pn penat. Meh nak cerita. Masa tu saya pegi jogging,jauh tau tempat tu.Berjalan ke tempat tu,balik jogging pegi pasar,kena jalan lagi,Yelah..orang tade kenderaan.

Lepas pegi pasar,balik rumah.Berjalan dari pasar yang kat LRT dato' Keramat tu sampai ke penghujung Pangsapuri Bukit Baru..Balik tu basuh baju, lepas basuh baju, masak.hahaha.Saya pun tak tahu mana saya dapat tenaga tu..

Kadang-kadang orang pandang lain macam jugak.Banyak sangat budak ni makan vitamin.Banyak betul duit budak ni.Saya ada alasan saya tersendiri tau guna produk ni.Bukan untuk suka-suka.Mencegah lebih baik dari mengubat kan?

Dia macam ni.nanti saya update pasal vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik. Yang shaklee punya natural.Kita boleh cam tau vitamin tu natural ke tak.Nanti saya update dalam entry seterusnya

Pastu saya dah guna produk ni selama 2 tahun. Sekarang baru rasa nak share kehebatan produk ini.. sampai sekarang jadi ahli pun. 


No comments:

Post a Comment