Friday, 19 July 2013

Atasi Masalah Keguguran Rambut dengan Shaklee

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...


Hai hai hai..DJ Nis is here., willing to talk to you about masalah keguguran rambut dikalangan kita-kita. Eh..dikalangan kita-kita ke?Yelah..kita-kita lah.Dikalangan kita yang mengalami masalah keguguran rambut. Dah macam-macam syampoo kita guna,Pantene lah, Sunsilk lah..macam-macam kan.Tapi kenapa masih mengalami masalah keguguran rambut?.

Ok.. there. Kalau kita tak berjaya baiki dari segi luaran.Bagaimana nak atasi masalah keguguran rambut tu? Apa kata kita cuba baiki dari segi dalaman pulak. Yelah..bila rambut dah gugur ni kan, kadang-kadang rambut yang tebal pun boleh jadi nipis.Orang cakap, rambut tu adalah mahkota kita tau.Jadi, kenalah jaga baik-baik.

Sebelum tu, Jom kita kenali kenapa rambut kita ni boleh gugur. Bila dah kenali punca-punca baru tahu cara untuk berubat kan?






Pertama: Rambut gugur kerana produk

Kita semua sememangnya dilahirkan dengan rambut yang kuat.Cuba tengok rambut baby dan kanak-kanak, cantikkan rambut diorang?hik3..Masalah rambut gugur ni boleh timbul dengan sebab terlalu sering melunturkan rambut atau menggunakan produk penggaya rambut seperti melurus rambut atau mengeritingkan rambut.Ye, betul, ini mungkin tidak akan menyebabkan keguguran rambut dari akar, tapi mungkin boleh buatkan rambut kita ni putus tau.

Kedua:Rambut gugur sebab kurangnya vitamin..

Inilah dia..hik3..Nak rambut cantik, kenalah ada gaya pemakanan yang seimbang tau. 
Kita boleh amalkan makanan berkhaisat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Sekiranya kita sukar nak patuhi arahan diet ini, boleh ambil makanan tambahan khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

Saranan vitamin bagi mengatasi masalah keguguran rambut, saya sarankan.Kita boleh ambil yang ni ye


vitalea (Multivitamin)-memenuhi keperluan 12 vitamin dan 7 galian 

Vitamin C untuk memastikan sel dilindungi dari sebarang bentuk karsinogen serta memelihara sel rambut dari rapuh.

B complex memastkan agar rambut nampak terurus dan tidak kusam.
Zinc untuk menggalakkan pertumbuhan rambut serta menguatkan lagi kutikel rambut





Nak tahu produk tu berkesan ke tak...Meh kita tengok testimoni..




Alrite uolss..untuk apa-apa pertanyaan boleh lah hubungi saya seperti nama di bawah..Terima kasih kerana sudi mendengar saya membebel.hik3..tata


Your Shaklee Independent Distributor
Wan Aidanuranis Binti W Abdullah
Tel/sms : 0139336387
Emel: aidanuranis5220@gmail.com


Thursday, 18 July 2013

Vitamin Shaklee untuk pelajar~~Aktikan dirimu

I want to be a Genius one!!..haha.aha..sabo sabo sabo


Assalamualaikum buat pembaca-pembaca semua. Semoga dirahmati Allah selalu. Kita sudahpun berada di Ramadhan yang ke sepuluh. Alhamdulillah..


Hari ini anis nak share pasal Set Vitamin Shaklee untuk para pelajar. Ha..jangan tak tahu,Shaklee pun ada Set vitamin untuk pelajar jugak tau.Biasalah..bila dah bergelar pelajar tu kan,homework banyak..ada test lagi,ada kuiz lagi kena submit assignment.Kadang-kadang bila dah nak sampai waktu final exam tu kan,berduyun-duyunlah assignment datang.haha..pening pale den tau. Ni untuk student IPT..Kalau yang tak IPT tu macam pelajar sekolah menengah ke pelajar sekolah rendah ke pun sama jugak kan..Ada kerja sekolah kena buat, ada kelas tambahan lagi.Kadang-kadang sekolah pagi sampai petang.Pergi sekolah pagi, balik petang..ada juga yang pegi sekolah pagi, tapi petang dah tak balik-balik lagi...ha..yang tu bahaya.

Kadang-kadang ada juga para ibu yang bergelar student.Mungkin ada yang dari Diploma sambung ke Degree, dari Degree sambung ke Master dan berbagai-bagai lagi lah. Ha..penat tak penat tak..hehe..mestilah kan..

Kebanyakan student-student kita mengalami:

~Stress
~Kelesuan
~Mudah mengantuk dalam kelas
~Tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas



Kalau mengantuk macam dalam gambar ni dah macam dah teruk bebenor dah tu..keh3

Setiap perkara ada penyelesaiannya..setiap penyakit ada ubatnya. ok.tade kaitan.haha

Tadi anis ada cakap pasal vitamin shaklee untuk pelajar tu kan. Ada 5 jenis vitamin-vitamin dalam set vitamin shaklee untuk pelajar ni.Kita ada B-complex, Lecithin,Ostomestrix, ESP, dan juga Omega Guard. Wah,...bunyi nama macam power-power je semua. Yes.. Memang power.

OK.Untuk set ni kita boleh bilih mengikut bajet sendiri tau..Ini hanyalah suggestion sahaja.Tak ada la sampai nk suruh beli semua.hik hik hik.

Pertama: kita boleh pilih ini

B-complex

Ok..B-Complex ni best tau. Dia boleh  membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein.Maksudnya dia bakar karbohidrat,lemak dan protein dalam badan kita dan tukarkan ia jadi tenaga. Sebab itulah bila makan B-Complex kita akan jadi bertenaga selalu.Macam sayalah..ececece..perasan gitu..
Meh tgok sini.
~Anti stress (sebagai penenang).

~Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 

~Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.
Ha..dah tengok kan apa B-Complex boleh beri pada badan kita.best..best..
atau kita boleh cuba yang ini






Omega Guard

Omega Guard ni biasanya penting untuk otak. dia ada:
~Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 

~DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

~Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Atau dalam bahasa yang mudah kita faham: pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.






Atau boleh juga yang ini



Lecithin

~Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
~Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 
~Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.
~Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



atau yang ini

ESP

ESP memang power untuk memberikan tenaga segera yang berpanjangan.
~memperbaiki memori
~memastikan tubuh anda sentiasa cergas dan bersemangat

lagi-lagi yang ini






Ostematrix:

~Memberikan tenaga dan mengelakkan rasa letih walaupon anda berjaga di waktu malam dan bangun di awal pagi






InsyaAllah..dengan pengambilan vitamin-vitamin ini kita-kita atau anak-anak semakin mudah fokus pada pelajaran,tak mudah rasa mengantuk, rasa lebih tenang dan tidak stress,mudah bangun di awal pagi...




Lihatlah pandanglah..Diriku yang genius..:)

Mudah-mudahan dengan pengambilan vitamin-vitamin sebegini akan dapat membaiki stamina anak anda atau kita-kita yang bergelar student ni untuk bagi performance yang bagus dalam kelas tau.


Kami dah cuba.Anda bila lagi?
Your Shaklee Distributor
Wan Aidanuranis Binti W Abdullah
Tel/sms : 0139336387
Emel: aidanuranis5220@gmail.com

Tuesday, 16 July 2013

My Experience with Shaklee

Assalamualaikum..alah bisa tegal biasa.ok.tade kaitan.haha..sebelum nak pegi study yang untuk last-last subjek, hamba mahu update ini blog.aiyoyo..

Hari ini saya nak menceritakan pengalaman saya menggunkalan produk shaklee. Once upon a time..ececece..adalah masa tu, saya masuk farmasi,tengok banyak supplemen kesihatan dekat situ kan.Entah, kenapa tiba-tiba rasa tertarik dengan supplemen. Kenapa baru nak rasa nak jaga kecantikan yang Allah bagi.

Concern of my health, saya pick satu product vitamin c.Masa tu makan yang 500mg,pastu tak jalan, cuba lagi yang 1000mg.Pastu rasa macam tade perubahan. Yelah..saya jenis kulit kering,kulit yang berkelembapan rendah.hehe..(dah kurang minum air). Kulit yang kering langsung tidak memberi keselesaan pada saya. Bibir merekah, kulit bersisik dan gatal.Bila garu-garu tu..Ouchhh..bila garu tu sedap.habis lekat calar-calar. Tapi bila kena air, MasyaAllah..hanya Allah sahaja yang tahu pedihnya.

Pastu saje cari info-info tentang vitamin dan supplemen orang kata apa, wat research gitu. 

Ok.. nak dipendekkan cerita, adalah jumpa satu produk ni. Produk ni bukan calang-calang produk tau. Pastu jumpa lagi product  tentang shaklee. Produk xxx yang saya katakan tadi,memang elok dan berkesan. Tetapi mahal. Harga boleh tahan, pastu produk pulak sikit bulan je tahan. Apa maksudnya tu?haha..
Tak..maksudnya produk tu tahan untuk sebulan lebih je.

Pastu cuba bandingkan dengan produk shaklee.Godek-godek rahsia tentang shaklee, baca pengalaman orang dengan shaklee, baca description produk. Gerak hati yang kuat mengatakan bahawa saya harus cuba shaklee. Sebab produk dia jimat. Misal kata saya cakap vitamin c kan..harga dia dalam rm74, tapi tahan dia dalam 6 bulan..hik3..jimat kan..cuma masa mula-mula nak beli tu rasa sakit la sket.

Saya cuba produk shaklee..produk yang mula-mula saya cuba masa tu adalah vitamin c dan vitalea.Multivitamin. OK..nak dipendekkan cerita lagi, bila dah lama makan, ada rasa perubahan pada kulit. Kadang-kadang kita tak sedar tau perubahan tu. Masa balik kampung tu, adalah mak tegur.Anis dah nampak makin cerah lah..hahaha..(aku tak perasan-perasan pun kulit dah makin cerah)

Hik3..hidung ni dah kembang kempis dah la.hahaha..Pastu try pulak vitamin E dan ESP..sebab tengok banyak postive feedback. Pastu nak dijadikan cerita.Pegilah umah akak dekat nogori tu kan, Saje tanya akak, dah nampak apa-apa perubahan pada kulit tak?

kakak pun cakap. A'aa la..kulit dah nampak lembap sikit.Dulu nampak kulit kering je.Hahaha..suka suka.

Mesti korang akan cakap..eee..mahallah shaklee ni.Serius saya cakap tak mahal.sebab produk ni jenis produk yang tahan berbulan-bulan. 4-5 bulan tau.Saya amik contoh tentang B complex. Harga baru rm42. tapi tahan 4 bulan.hik3..tak ke jimat tu.

Pastu saya perasan ada perubahan pada tenaga saya.Yelah, dulu asyik letih dan lesu je.Jalan jauh sikit, penat.Wat keje banyak sikit pn penat. Meh nak cerita. Masa tu saya pegi jogging,jauh tau tempat tu.Berjalan ke tempat tu,balik jogging pegi pasar,kena jalan lagi,Yelah..orang tade kenderaan.

Lepas pegi pasar,balik rumah.Berjalan dari pasar yang kat LRT dato' Keramat tu sampai ke penghujung Pangsapuri Bukit Baru..Balik tu basuh baju, lepas basuh baju, masak.hahaha.Saya pun tak tahu mana saya dapat tenaga tu..

Kadang-kadang orang pandang lain macam jugak.Banyak sangat budak ni makan vitamin.Banyak betul duit budak ni.Saya ada alasan saya tersendiri tau guna produk ni.Bukan untuk suka-suka.Mencegah lebih baik dari mengubat kan?

Dia macam ni.nanti saya update pasal vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik. Yang shaklee punya natural.Kita boleh cam tau vitamin tu natural ke tak.Nanti saya update dalam entry seterusnya

Pastu saya dah guna produk ni selama 2 tahun. Sekarang baru rasa nak share kehebatan produk ini.. sampai sekarang jadi ahli pun. 


Mengapa Kita Perlukan Vitamin


Hai hai hai..salam sejahtera dan salam ceria..senyum-senyumlah selalu.Jangan duk kelatkan muka tu..hehe..sayang kat muka tau.Nanti cepat tua tau. Sebab tu orang cakap,Jangan marah,nanti cepat tua..hik hik hik

ok.Hari ni nak share pasal mengapa kita perlukan vitamin.Yelah,lifestyle kita kan banyak terdedah dengan pencemaran alam sekitar, kadang-kadang khasiat vitamin hilang semasa kita memasak makanan, kadang-kadang nak dapatkan semua keperuan nutrien tu agak susah. 

Sebab tu lah vitamin ni penting. Jom kita lihat kenapa kita perlukan vitamin.

1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar

 Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanserBagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.

2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien

Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat crucial bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.

3 - Buah-buahan dan sayur-ayuran mungkin terjejas atau tercemar

Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat

Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!

Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS




STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI
Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa

Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!
Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.

6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan

Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.

7 - Kehilangan nutrien dalam makanan

Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?




Credit tu sayamahusihat.com



Energizing Soy Potein Shaklee (ESP)-DELIVERS SUSTAINED ENERGY, WITH HIGHEST QUALITY PLANT BASED PROTEIN AVAILABLE!

Assalamaulaikum semua..hari ini anis nak share tentang ESP shaklee.ESP shaklee ni product on demand tau atau orang kategorikan ia dengan HOT PRODUCT.


Kenapa ya orang suka sangat dengan ESP shaklee ni?Ha..dia ada banyak manfaat sebenarnya.Untuk kuruskan badan pun boleh,untuk kecantikan kulit pun boleh, bagi ibu-ibu yang menyusu tu kan..ia bertindak sebagai milk booster. Ramai yang dah berjaya dengan gunakan product HOT selling ni.

ESP Shaklee ni istimwa sebab merupakan sumber protein soya terbaik.Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.  ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones

Untuk pengetahuan semua, ESP Shaklee tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO). Protein soya Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, yakinlah dgn shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti

Ia ada banyak khasiat tau.Antara khasiat dia 


1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Ha..banyak kan faedah dia.Jom cepat-cepat kita rebut ESP ni.Jom kita lihat apa kata pengguna ESP shaklee.


TESTIMONI 1



TESTIMONI 2

CAROTOMAX SHAKLEE: Vitamin untuk mata

Assalamualaikum para pembaca semua.Hari ini saya nak kongsi pasal vitamin untuk mata yang kaya dengan antioksidan. Tidak lain tidak bukan adalah vitamin CAROTOMAX SHAKLEE.Hooray!!..hehe


Ok..carotomax ni bagus untuk mengurangkan masalah rabun. Kandungannya yang kaya  6 jenis karotena, dikekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato bukan GMO, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit strawberry, fava d’anta, cantaloupe dan lobak merah dapat membantu kesihatan retina mata bagi mengurangkan masalah rabun. 



Sesuailah untuk kita-kita yang selalu menghadap komputer ni kan.Itulah semakin hari dah rasa mata ni dah semakin hilang keupayaannya untuk melihat objek jauh.Tak best jugak kan.Yelah..kadang-kadang ada orang senyum kat kita dari jauh.Alih-alih kita xbalas senyuman.Kesian orang tu kan.Yelah..kadang-kadang penglihatan pun samar-samar.Eh..orang tu senyum ke?hehe..ragu-ragu gitu.



Sebenarnya ada banyak lagi manfaat carotomax ni.Jom kita baca dan godek manfaat carotomax.

Carotomax ni dapat:


1. Mempertingkatkan Penglihatan – Ia menghasilkan ‘ungu visual’ yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap, Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti, nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung gitam di mata.

2. Meredakan Penyakit Kulit – Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustules, scabies, akne, ulser kulit.

3. Melindungi Epithelial – Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

4. Melawan Kanser Dan Oksidasi – Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

5. Menghalang Infeksi – Merangsang enzim pembunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema.

6. Menggalakkan Perkembangan Normal Dan sihat – Merangsang Perkembangan kanak-kanak/ remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduktif. Juga penghasilan sperma yang sihat.


Mengapa CarotoMax Bagus Untuk Anda?

Kerana Ia mengandungi fitokimia semulajadi penting untuk mata, kulit dan membran mukosa.

1. Alpha Carotene – Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.

2. Beta Carotene – Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

3. Lycopene – Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

4. Astaxhanthin – Pigmen didalam alga dan fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Walaubagaimanapun, Shaklee menuai karotenoid astaxhantin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

5. Lutein – Menyekat katarak, AMD (age related muscular disease/ penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.

6. Zeaxhanthin – Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.

Ha..banyak kan manfaat dia..InsyaAllah mudah mudahan lah dengan carotomax ni dapat kurangkankan masalah yang berkaitan dengan penglihatan kita.Aamin..





TESTIMONI 1



TESTIMONI 2



TESTIMONI 3

Alhamdulillah..mereka sudah berjaya dengan carotomax.

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan dan info:

Hubungi Wan Aidanuranis
Tel/sms : 0139336387
Emel: aidanuranis5220@gmail.com











Saturday, 13 July 2013

Set Kecantikan Shaklee yang Buat Orang Tidak Jemu Memandang


Adakah anda telah penat mencuba pelbagai jenis skincare products untuk mendapatkan kulit wajah idaman? Mungkin anda perlu cuba untuk "merawat" masalah kulit anda dari dalam terlebih dahulu. 



Set Kecantikan Shaklee yang buat orang tidak jemu memandang ini turut menawarkan rangkaian vitamin untuk kecantikan kulit. Set ini terdiri daripada Vita-C + B-Complex+ Vita-E Ini merupakan basic package mengikut bajet anda.anda boleh adds on ESP sebagai agen kecantikan kulit terbaik.



Mari kita lihat bagaimana vitamin-vitamin di atas boleh membantu kecantikan kulit anda.


Vita-C 

Merupakan vitamin wajib untuk kecantikan kulit kerana ia membantu merangsang pembentukan kolagen yang bertanggungjawab mengekalkan kelembapan dan kegebuan kulit. Ia juga merupakan antioksidan yang kuat untuk melindungi kulit dari kesan pencemaran, UV dan diet yang tidak sihat. Selain itu Vita-C membantu memudarkan kesan parut, mengurangkan kesan sunburn, mencerahkan kulit dan menghalang pigmentasi kulit.

B-Complex 

Juga vitamin wajib untuk kecantikan kulit. Setiap jenis vitamin B dalam B-Complex mempunyai peranan tersendiri dalam kecantikan kulit. Perlu diingat, B-Complex merupakan vitamin anti-stress yang mana stress merupakan salah satu faktor masalah kulit seperti berjerawat. B-Complex terkenal dengan fungsinya yang mampu mencegah acne dan menggalakkan kesihatan kulit secara keseluruhan.


Vita-E Complex 

Terkenal sebagai anti-aging vitamin. Ia mampu mengurangkan kesan kedutan pada wajah, meningkatkan kelembapan dan kegebuan wajah dan mampu mencegah penyakit kulit kerana ia merupakan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kulit.

ESP

Untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat dan cantik. Membantu mengurangkan masalah rambut gugur, kulit berparut dan berpigmentasi. Amino acid dalam protein soya membantu membina tisu-tisu baru dan menggantikan tisu-tisu yang rosak.







Testimoni daripada akak kita yang sudah sedia cantik.






Berminat dan untuk sebarang pertanyaan dan info:

Your Shaklee Independent Distributor
 Wan Aidanuranis
Tel/sms : 0139336387
Emel: aidanuranis5220@gmail.com